Friday, January 6, 2012

Kenangan Tadika

Assalamualaikum...
Awal-awal tahun ini semua orang sibuk dengan benda2 baru! Termasuklah dengan pelajar2 sekolah yang sibuk buat persiapan untuk kembali ke alam persekolahan 2012! Dan tika inilah banyak memori yang bersilih ganti..bermain diminda.

Huh... apa yang paling saya ingat ialah Zaman Sekolah Tadika Yayasan Islam! Berbaju putih, Berkain biru dan bertudung PINK! uissshhh...biar benar!!! meriah warna pakaian sekolah ku! =D Saya bersekolah disitu selama 2tahun! Disitulah saya mula mengenali A,B,C sampai huruf Z secara rasmi... Disitulah cikgu matematik ajar saya no 1 hingga 100.. Disitulah saya mendapat ilmu untuk bercakap bahasa melayu dan inggeris.. tak lupa juga jawi dan arab! =) Disitu lah segalanya bermula...

Tadika Yayasan Islam Terengganu, Cawangan Kemaman ialah tempat yang paling banyak kenangan manis terukir! Tak dapat saya lupakan layanan guru2 kepada saya! Walaupun ada beberapa kali saya dimarah oleh cikgu, namun saya tak pernah kena denda. cikgu menegur saya dengan cara yang baik. Cikgu disitu jugalah yang banyak menggilap bakat saya! Cikgu disitu juga yang mengajar saya untuk menjadi BERANI! =) Tapi hari ini, saya dah tak berani lagi... Berani telah lari dari diri saya!

Sebenarnya, saya nak kongsi dengan kalian satu gambar! =) gambar tersebut telah diambil pada 10/11/2011 di Tadika yayasan Islam selepas taman majlis Konvo pelajar 2011. Kesempatan ini saya ambil untuk bertemu dengan cikgu2 saya. Namun, hanya ada seorang sahaja cikgu yang ada ketika itu. Sudah pasti cikgu ini tidak lagi ingat saya! Tapi saya tetap ingat...Cikgu2, walaupun nama saya lupa! ;p

Almaklumlah sudah 18tahun saya tinggalkan sekolah tadika! =) Sebelum saya tunjuk gambar.. saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan RIBUAN TERIMA KASIH buat guru besar (1993-1994) sebab sangat sempoi... Cikgu2 (1993-1994) yang tak jemu2 mengajar saya... Kalian lah penyumbang ilmu dalam hidup saya! =)




***BUAT SEMUA KAWAN2 yang bersekolah di TADIKA YAYASAN ISLAM TERENGGANU cawangan KEMAMAN, Jom kita berkumpul ramai2... buat reunion! Terutamanya kawan-kawan 1993 (5tahun) dan 1994 (6tahun)! Cikgu2 tadika yayasan, boleh tak saya nak buat reunion? =) Saya perlukan contact2 semua pelajar...tapi macam mana?

3 comments:

faezah said...

Cikgu dalam gambar tu cikgu noraini (aka cikgu mah).Excited plak bace pasal kenangan di tadika YIT. n lg tak sngka kite same batch lahhh...

faezah said...

Teruja plak ble bace psal kenangan di tadika YIT. Cikgu dalam gambar tu cikgu noraini (aka cikgu mah). n tak sangka plak kite same batch lahhh...

Adiha Production said...

Salam, thanks faezah sebab Sudi baca blog saya yang tak seberapa ni... :) Owh, awak satu batch dengan saya? Awak kelas apa?